Saturday, June 15, 2013

Sessi Ulangkaji (2) : Panduan Pada Hari Lelongan

Salam sejahtera semua! 

Ok kali ini saya akan borak pula tentang persediaan pada hari lelongan. 

Persiapan sebelum lelongan ada saya cerita di sini.

So masa yang ditunggu2 sudah tiba...homework semua dah buat...budget pun dah ditetapkan...so lepas ni apa yang buat ye? 


Pada Hari Lelongan 

Jika pergi bidding sendiri

- Call Pelelong dulu sebelum bergerak ke tempat lelongan untuk pastikan unit yang ingin dibida tu masih berstatus aktif dan bukan call off. Kalau call off, penat je pergi tempat bidding tapi tak boleh nak buat apa2

- Pastikan bank draft dah siap sedia, ic pun dah compile bersama. Jangan pula dah sampai tempat lelongan, ada pula benda yang tercicir.

- Sampai ke tempat lelongan tu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum lelongan bermula. Kalau lelongan mahkamah, lagi elok kalau datang sejam lebih awal. Kita tidak mahu situasi kelam kabut sebab nak kejarkan masa tutup pendaftaran

- Pergi ke kaunter pendaftaran, isi borang yang sepatutnya (jika ada), serahkan bank draft dan ic kepada pegawai pendaftaran lelongan.  Dapatkan pedal bidding. 

- Duduk di dewan lelongan dan tunggu sehingga giliran unit yang ingin dibida tu. 

- Bila lelongan nak mula untuk unit tersebut, pastikan kita faham apa yang telah ditetapkan oleh pelelong ( berapa harga mula, berapa kenaikan harga setiap kali pedal diangkat etc). 

- Lawan lah sehingga limit anda. Kalau ada orang yang bid lebih tinggi, relakanlah... kita tidak mahu membeli rumah lelong dalam keadaan ber emosi. Nanti kelak merana diri...

- So kalau kita kalah, pergi ke kaunter pendaftaran untuk ambil bank draft kita semula dan boleh cuba lagi di masa yang lain. 

- Sekiranya kita menang, pergi ke kaunter pendaftaran dan sign dokumen-dokumen yang diperlukan. Bayar duit stamping ( nilai ni berubah2 mengikut pelelong) dan perbezaan harga deposit jika ada. Kebiasaannya kontrak jualan yang telah di stamp boleh diambil pada 'next working day' di pejabat lelongan tersebut. 


Jika menggunakan agen sebagai wakil

- Part ni saya tak perlu ulas panjang rasanya. Boleh liase dengan agen anda tu sendiri minta dia terangkan hehe...

Thursday, June 13, 2013

Sessi Ulangkaji (1) : Panduan Beli Rumah Lelong

Kebelakangan ini saya banyak menerima pertanyaan dari rakan-rakan yang baru berjinak dalam bidang pelaburan hartanah lelong. 

Ramai juga yang bertanya soalan-soalan asas seperti bagaimana nak memulakan langkah dalam pelaburan hartanah lelong, bagaimana nak beli rumah lelong etc. 

Kadang tu ada yang call saya dan berbual lebih 20 minit menerusi phone. Saya sendiri kurang pasti sama ada apa yang saya kongsikan itu berkesan atau tidak. 

So saya terpanggil untuk tulis balik blog menerangkan perkara-perkara asas yang perlu diambil tahu oleh para pelabur hartanah lelong terutamanya pembeli-pembeli baru. 

Ok apa langkah-langkah yang terlibat dalam pembelian hartanah lelong ?

Langkah 1

Kenalpasti hartanah yang ingin dibida dan dapatkan alamat penuh hartanah tersebut. 

Jika anda refer blog saya atau menerima mailing list saya, saya dah sediakan alamat hartanah dalam listing tersebut. 

Langkah 2

Dapatkan kontrak jualan daripada pihak agen anda ( saya la tu hehe) untuk mendapatkan butiran-butiran penting dan mengesahkan status lelongan tersebut

Langkah 3

Buat site survey.

Tengok rumah dari luar

Kenalpasti penghuni ( jika boleh)

Dapatkan info tunggakan2 jika ada

Langkah 4

Buat kajian mengikut objektif masing2 seperti mengira kos2 yang terlibat. 

Tetapkan had maksima bidaan

Langkah 5

Sediakan Bank draft mengikut arahan dalam Kontrak Jualan

Sediakan ic pembida

Langkah 6

Tunggu sehingga hari lelongan. Sekiranya anda ingin agen mewakili anda, hubungi agen anda dan maklumkan kepada mereka seawal yang boleh agar agen anda dapat membuat persiapan yang secukupnya.



Sessi Ulangkaji seterusnya : Panduan pada hari lelongan...apa yang perlu anda buat?